Assalamualaikum admin ES, haritu dah dihebahkan berkaitan yuran Universiti Malay...

Posted 1 week ago

Assalamualaikum admin ES, haritu dah dihebahkan berkaitan yuran Universiti Malaysia Kelantan. Setelah pelbagai desakan, kami sebagai mahasiswa ingatkan pihak pengurusan UMK ni akan membuat pengurangan di bahagian yuran pengangkutan untuk dijadikan sebagai option sahaja memandangkan majoriti pelajar ramai yang tidak menggunakan perkhidmatan bas kerana ramai yang tinggal di rumah sewa. Yang menggunakan bas hanya pelajar yg tinggal di Kolej Kediaman.

Namun apa yang dibuat oleh pihak UMK ni, mereka hanya membuang bahagian yuran pengangkutan yang bernilai RM100 kemudian menaikkan yuran perkhidmatan sebanyak RM100 yang sebelum ni yuran perkhidmatan cuma perlu dibayar sebanyak RM480. Perubahan yang hanya untuk mempermainkan keluhan kami.

Kami mintak untuk yuran pengangkutan dijadikan option hanya untuk pelajar yang tinggal di kolej kediaman sahaja memandangkan kami yang terpaksa menyewa di luar ini menggunakan transport sendiri untuk ke kampus.

Gambar pertama ialah yuran tahun ini dan yg kedua untuk tahun lepas