*Kartel Imigresen Termashyur: Medical Visa & Kaunter Setting KLIA (2020-2022)* ...
Posted 2 weeks ago
*Kartel Imigresen Termashyur: Medical Visa & Kaunter Setting KLIA (2020-2022)*
*Inilah dia... barisan pelakon utama kita, lengkap dengan muka tebal dan nama belakang yang bertemankan nickname.* Setiap gerak-geri mereka penuh gaya, setiap langkah dirancang dengan sempurna.
Semua berkumpul di Bali, Ogos 2024—destinasi perbincangan untuk ‘membersihkan diri’ dari tuduhan berat yang sedang menggantung di atas kepala mereka.
Bayangkan! *20,000* medical visa dikeluarkan pada tahun 2023, dan setiap satu dijual pada harga *RM8,000*. Itu bukan visa, itu boleh jadi tiket emas, siap dengan pelan kewangan masa depan yang mantap!
*Pelindung Agung: Azam Baki (a.k.a AB)*
Ketua Pengarah SPRM, dialah *Payung Kartel* yang sentiasa memastikan hujan tuduhan tidak pernah membasahi sesiapa di bawah naungannya. Tangan ajaib AB mampu membuatkan segala fail hilang tanpa jejak di SPRM. Cukup hebat, kan?
*Ketua Kartel: Khairullah bin Ahmad (a.k.a ‘DK’)*
Ah, si ‘DK’, lebih dikenali dalam kalangan ejen sebagai ‘Dato Khai. Kroni rapat AB, DK ni orang penting dalam memastikan setiap visa keluar masuk dengan bayaran. Adegan rahsia DK dengan orang-orang kuat seperti rancangan perisikan di Netflix!
*Runner Utama DK: ADEK*
ADEK ni runner yang sentiasa ligat, berurusan dengan ejen-ejen luar negara, memastikan fail-fail visa sampai ke tangan *KIMI* tepat pada masanya. Dialah ‘courier premium’, bukan saja cepat, tapi ada akses terus ke meja paling panas di Imigresen.
*Pengarah Integriti Imigresen: Basri bin Othman (a.k.a Tok Ayah)*
Berlagak sebagai benteng integriti, tapi sebenarnya *Tok Ayah ni pengarah sandiwara*. Dengan jubah integriti yang terselindung, beliau dan sidekick *Norzie Arzam bin AB Loh* memastikan tiada siasatan dalaman langsung dilakukan ke atas operasi visa perubatan. *Norzie Arzam*, pegawai intel JIM, mengawasi situasi dengan penuh kepakaran, seolah-olah peguam bela dalam filem mahkamah.
*Nama Terpanas: Haqimie (a.k.a KIMI)*
KIMI ni bukan sekadar famous, dia *raja visa* di kalangan ejen-ejen visa Malaysia. Tangan magisnya setiap malam memastikan 100 medical visa disiapkan—macam kilang. Dari *data entry, approval, hinggalah ke visa printing*, KIMI buat semua. Kalau nak cari siapa ‘tukang cetak’ terbesar di imigresen, *KIMI* lah orangnya. Bekerja kuat macam robot tanpa rehat, mencetak visa seolah-olah memproses tiket konsert!
Itulah dia, drama penuh intensiti. Sebuah filem blockbuster ini pastinya memukau penonton dengan gabungan aksi, skandal, dan permainan kuasa—lebih hebat daripada mana-mana filem Hollywood!