Raja Penyeludupan Beras dan Karkas: Siapa Sebenarnya Dato Seri Eric Chong?

[Rantau Panjang, 12 Jun 2025] – Aktiviti penyeludupan beras dan karkas babi dari Thailand ke Malaysia kini dikaitkan dengan seorang individu bergelar Dato’ Seri, dipercayai dalang utama operasi haram berskala besar di sempadan Kelantan. Lelaki yang dikenali sebagai Dato’ Seri Eric Chong Yit Hin, berbangsa Cina, didakwa menjalankan kegiatan ini sejak tahun 2023 dengan perlindungan rangkaian penguatkuasa yang dipercayai telah 'dibeli'.

Menurut sumber forum komuniti yang kini sedang tular, operasi penyeludupan ini melibatkan pengimportan beras gred rendah dari Thailand, yang asalnya untuk makanan ternakan, lalu dicampur di sebuah kilang di Pasir Putih sebelum diedarkan ke seluruh Malaysia. Rampasan demi rampasan telah berlaku di kawasan Bukit Bunga dan Tanah Merah, namun operasi penyeludupan tetap berterusan — didakwa kerana campur tangan pihak berkuasa yang terlibat.

Laporan mendakwa Dato’ Seri Eric memiliki hubungan erat dengan beberapa pegawai tinggi seperti Timbalan Komander PGA, pegawai risikan batalion, dan juga pihak kastam di ICQ Bukit Bunga serta Rantau Panjang. Hubungan ini memudahkan laluan lori-lori muatan berat yang membawa beras dan karkas babi merentas sempadan tanpa sebarang sekatan ketara. Dikatakan, sekitar 10 treler 40 tan digunakan setiap hari untuk menyeludup barangan haram ini.

Lebih membimbangkan, aktiviti penyeludupan karkas babi yang dikatakan berjumlah ratusan ekor sehari turut berlaku serentak dengan penyeludupan beras. Lori-lori 10 tayar ini bergerak seawal jam 6 pagi dari sempadan Betong dan Pangkalan Hulu, sebelum mengedarkan karkas ke negeri-negeri seperti Pulau Pinang, Kedah, Kuala Lumpur, Johor, Melaka dan Perak. Walaupun beberapa tangkapan dibuat, ia dilihat sekadar "tangkapan wayang" untuk menutup mata masyarakat.

Individu yang enggan dikenali turut mendedahkan bahawa Dato’ Seri Eric sering membual tentang pengaruhnya ke atas pemegang jawatan dalam agensi kerajaan, malah mendakwa beliau telah membelanjakan hingga jutaan ringgit sebulan untuk ‘beres’ kepada pegawai-pegawai berkuasa demi melicinkan operasi. Mereka yang tidak memberi kerjasama diugut akan dipindahkan ke lokasi lain.

Kini, rakyat Malaysia mula tertanya – siapakah sebenarnya funder di belakang Dato’ Seri Eric Chong? Siapa pula orang kuatnya dalam agensi penguatkuasaan? Desakan semakin memuncak agar pihak berkuasa seperti PDRM, SPRM, KPDN, dan Jabatan Kastam menjalankan siasatan menyeluruh dan bebas terhadap dakwaan ini. Masyarakat kini menanti pendedahan selanjutnya yang dikatakan akan diterbitkan dalam bahagian kedua pendedahan ini.