Sindiket Dadah Semakin Berani di Selangor: Didakwa Dapat Perlindungan Individu Berpengaruh

Selangor, 26 Jun 2025 – Situasi penyalahgunaan dan pengedaran dadah di Selangor kini berada di tahap membimbangkan apabila dilaporkan sindiket-sindiket dadah bukan sahaja semakin aktif, malah kini saling berbalas tembakan antara satu sama lain. Punca kepada peningkatan mendadak kegiatan jenayah ini dikatakan berpunca daripada wujudnya elemen perlindungan oleh individu yang bersekongkol dengan sindiket terbabit.
Sumber forum tempatan mendakwa, terdapat individu ‘berpengaruh’ yang bertindak sebagai pelindung kepada rangkaian sindiket dadah, membolehkan aktiviti haram tersebut terus berkembang tanpa halangan serius. Dakwaan itu turut mengaitkan individu terbabit sebagai seorang yang dikenali memiliki tabiat sosial tidak bermoral, termasuk menjalin hubungan dengan isteri orang.
"Masalah dadah ni takkan selesai kalau ada pengkhianat dalam sistem yang sepatutnya melindungi rakyat. Bila sindiket rasa kebal, mereka jadi makin berani – sekarang pun dah sampai tahap tembak-menembak sesama sendiri," tulis seorang pengguna forum secara lantang.
Kegiatan sindiket dadah di Selangor sebelum ini sudah lama menjadi perhatian, namun kebelakangan ini insiden keganasan terbuka seperti tembakan antara kumpulan menjadi amaran jelas kepada pihak berkuasa agar bertindak lebih tegas. Kewujudan ‘backing’ dalaman ini jelas menjejaskan usaha pihak polis serta agensi pencegahan jenayah lain.
Pemerhati keselamatan menyeru pihak berkuasa untuk menyiasat dengan teliti dakwaan keterlibatan individu berprofil tinggi dalam jaringan jenayah ini. Sekiranya benar, tindakan tegas tanpa kompromi harus diambil bagi memastikan keadilan ditegakkan dan keselamatan awam terjamin.
Isu ini juga sekali lagi membuka persoalan mengenai integriti dan pengawasan dalaman di kalangan penguat kuasa. Rakyat menuntut ketelusan dan ketegasan kerana jika dibiarkan, Selangor berisiko menjadi ‘zon panas’ jenayah terancang yang tidak terkawal.